SYARAT & TERMA

Program Affiliate Alard membenarkan individu mempromosikan produk Alard dan menerima komisen atas setiap jualan yang sah melalui link affiliate. Dengan mendaftar, anda bersetuju dengan terma dan syarat berikut:


1. Kelayakan

1.1. Program ini terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
1.2. Pendaftaran tertakluk kepada kelulusan pihak Alard Far East Sdn Bhd.


2. Akaun Affiliate

2.1. Setiap individu hanya dibenarkan mempunyai 1 akaun affiliate.
2.2. Anda bertanggungjawab menjaga keselamatan akaun, kata laluan dan maklumat log masuk.
2.3. Sebarang aktiviti mencurigakan boleh menyebabkan akaun digantung atau ditamatkan.


3. Link & Promosi

3.1. Pemohon hendaklah menggunakan link affiliate unik yang disediakan oleh sistem OnPay.
3.2. Pemohon boleh mempromosikan link affiliate masing-masing melalui semua platform online dan offline seperti Facebook, Instagram, TikTok, WhatsApp, blog, website dan lain-lain.
3.3. Pemohon dilarang mempromosikan link affiliate secara:

  • Spam, mesej palsu, maklumat mengelirukan atau teknik manipulatif.

  • Promosi di laman web yang mengandungi unsur sensitif (bahan lucah, perjudian, diskriminasi, scam dan seumpamanya).


4. Struktur Komisen

4.1. Komisen akan dinyatakan di affiliate dashboard masing-masing.
4.2. Komisen hanya dikira untuk jualan yang sah, iaitu:

  • Pembayaran diterima sepenuhnya

  • Tidak dibatalkan

  • Tidak dibuat refund

4.3. Alard Far East Sdn Bhd berhak mengubah kadar komisen pada bila-bila masa dengan notis awal.


5. Pembayaran Komisen

5.1. Pembayaran dibuat setiap 7 hari bulan pada setiap bulan.
5.2. Pembayaran minimum bulanan adalah sebanyak RM50.00.
5.3. Pembayaran dibuat melalui bank transfer yang sah di Malaysia.
5.4. Akaun yang mempunyai transaksi fraud, refund berulang atau aktiviti mencurigakan boleh ditangguhkan pembayarannya.


6. Larangan

Pemohon dilarang melakukan perkara berikut:

  • Menggunakan nama dan logo “Alard” atau trademark berkaitan untuk membuat post, page, akaun, poster, flyers dengan menggunakan maklumat palsu.

  • Menyamar sebagai kakitangan Alard Far East Sdn Bhd.

  • Menjanjikan dakwaan melampau atau ganjaran palsu kepada pelanggan tanpa kebenaran.


7. Hak Cipta & Bahan Promosi

7.1. Semua gambar, video, copywriting, dan bahan promosi yang disediakan oleh Alard adalah hak milik syarikat. Para pemohon digalakkan untuk menggunakan bahan yang telah disediakan khas untuk tujuan promosi dan pemasaran.

7.2. Pemohon dilarang mengubahsuai bahan pemasaran sehingga menimbulkan kekeliruan dan salah faham kepada pengguna.


8. Penamatan Akaun

8.1. Alard Far East Sdn Bhd berhak menamatkan akaun affiliate tanpa notis jika berlaku pelanggaran terma.


9. Perubahan Terma

Alard Far East Sdn Bhd berhak menambah, meminda atau mengemas kini syarat & terma program pada bila-bila masa. Semua perubahan akan dimaklumkan melalui group Whatsapp dan Telegram.


10. Pengesahan

Dengan mendaftar sebagai Affiliate Alard, anda mengesahkan bahawa anda telah membaca, memahami dan bersetuju dengan semua syarat & terma di atas.



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Pendaftaran Affiliate Alard
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN